BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 19, 2009

surat cinta sempoi........

Surat cinta sempoi…………..
Suatu hari ada seorang pengarah syarikat yang tidak pernah bergaul dengan perempuan disuruh ibunya agar mengirim surat buat seorang gadis untuk dijadikan isterinya. "Ahh... itu senang bu !",ujar si pengarah itu.

Lalu dibuatlah sebuah surat yang bunyinya begini:
Kepada Yth.
Sdri. Irene
di Ipoh

Hal : Penawaran Menjadi Calon Kekasih

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

Dengan sukacitanya saya ingin memakluman kepada anda bahawa saya telah jatuh cinta kepada anda bermula daripada tarikh 10 Ogos yang lalu. Berdasarkan kepada mesyuarat keluarga kami pada tarikh 11 Ogos lalu, saya memutuskan untuk menawarkan diri sebagai kekasih anda yang prospektif.
Hubungan cinta kita akan menjalin masa percubaan minimum 3 bulan sebelum memasuki tahap permanent. Tentu saja, setelah tamat masa percubaan, akan diadakan terlebih dahulu on the job training secara intensif dan berkelanjutan.

Dan kemudian, setiap tiga bulan selanjutnya akan diadakan juga evaluate performance kerja yang bisa menuju pada pemberian kenaikan status dari kekasih menjadi pasangan hidup.

Biaya yang dikeluarkan untuk ke restorant dan shooping akan dibahagi sama rata antara kedua belah pihak.

Selanjutnya didasarkan pada performance dan insiatif anda, ada kemungkinan bahawa saya akan menanggung bahagian yang lebih besar pengeluaran total. Akan tetapi, saya cukup bijaksana dan mampu menilai, jumlah dan bentuk pengeluaran yang akan anda keluarkan nantinya.
Saya dengan segala kerendahan hati meminta anda untuk menjawab penawaran ini dalam waktu 30 hari bermula daripada tarikh penerimaan surat. Lewat dari tarikh tersebut, penawaran ini akan dibatalkan tanpa pemberitahuan lebih lanjut, dan tentu saja saya akan beralih dan mempertimbangkan calon calon lain.
Saya akan sangat berterimah kasih apabila anda berkenan untuk meneruskan surat ini kepada adik perempuan, sepupu bahkan teman dekat anda, apabila anda menolak penawaran ini.

Demikian penawaran yang dapat saya ajukan dan sebelumnya terima kasih atas perhatiannya.

Yang Benar
Pengarah Syarikat Yang Prospektif


jiwang abiss....!!

0 comments: