BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 19, 2009

> Syaitan menolong umat Islam ke masjid ?
> Assalammuallaikum,
>
> Buat renungan bersama.
>
>
> Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau
> para sahabat.
>
>
> Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di
> masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan
> rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada
> satu lubang yang berair.
>
>
> Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan
> beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih.
> Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk
> bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh
> lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk
> menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai
> ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut,
> siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah
> syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya,
> kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang
> tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku
> takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini
> kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu
> Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua,
> seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika
> aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh
> dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku
> menolongmu.?
>
>
> Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala
> orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum
> ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah.
> Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk
> solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang
> sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali
> halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus
> malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke
> akhirat, kehidupan yang lebih kekal....
>
>
> Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda
> : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
>

0 comments: